RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KKQ TINGKATAN 2



رانچڠن ڤڠاجارن هارين
ڤنديديقن القرءان تيڠكتن ٢

مات ڤلاجاران       : ڤنديديقن القرأن (قراءات)
تاجوق               : اصطلاح دالم علم قراءات
كلس                 : ٢ چرديق
تاريخ                 : ٢٣ / ١١٢٠١٦
ماس                  : ٩.٠٠ – ٩.٣٥  ڤاݢي   (٣٥ مينيت)
بيلاڠن ڤلاجر        : ٢٠ اورڠ
اوبجيكتيف عام     : ڤلاجر اكن داڤت مڠتاهوءي اصطلاح- اصطلاح دالم علم قراءات دڠن بتول.
اوبجيكتيف خاص  : دأخير ڤمبلاجرن اين ڤلاجر اكن داڤت :
                   :١ )  منديفينيسيكن ڤڠرتين اصطلاح- اصطلاح دالم علم قراءات.
                        : ٢) مڠنل ڤستي ليم اصطلاح- اصطلاح دالم علم قراءات.





ISTILAH ILMU QIRAAT BAHAGIAN 1

ISTILAH-ISTILAH ILMU QIRAAT


Qiraat ialah setiap bacaan yang disandarkan kepada imam-imam, sama ada imam qiraat sepuluh iaitu daripada Imam al-Jazari atau imam qiraat tujuh iaitu daripada Imam al-Syatibi . 

Manakala Ilmu Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang pelbagai bacaan kalimah-kalimah al-Quran dan keadaan kalimah-kalimah tersebut seperti panjang dan sebagainya serta pengambilan dan sebutannya mesti diambil daripada guru sehingga bacaannya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah.


Ilmu al-Qiraat diasas oleh Imam-Imam Qurra'. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya diasaskan oleh Abu Umar Hafs bin Umar Al-Duri. Terdapat dua toriq (jalan) yang menjadi panduan utama dalam disiplin ilmu al-Qiraat ini iaitu Toriq al-Syatibi (al-Qiraat Tujuh) melalui matan حرز الأمانى ووجه التهانى dan Toriq al-Jazari (al-Qiraat sepuluh) melalui matan طيبة النشر فى القرءات العشر. Namun kedua-dua Toriq ini adalah betul dan sohih. Di Malaysia khususnya,kaedah pembelajaran dan pengajaran ilmu tajwid lebih cenderung kepada Toriq al-Syatibi. Umat Islam di Malaysia membaca Qiraat حفص عن عاصم menggunakan Toriq al-Syatibi.

Dalam ilmu qiraat, terdapat perkara ketetapan dan kaedah –kaedah yang berkaitan dengan pembacaan Al-Qur’an sebagaimana yang terdapat dalam ilmu tajwid. Maka selain daripada istilah dan kaedah yang terdapat dalam ilmu tajwid, terdapat istilah-istilah yang lain yang terdapat dalam ilmu qiraāt. Tiga belas istilah-istilah ilmu qiraat yang akan dibincangkan pada entri kali ini. Antaranya hazaf alif, isbat alif, idgham kabir, silah mim jama’, qasr, tawassut, ishbaq, mad muttasil, saktah, ha’ kinayah, tarkiq ra’, taghliz lam, taslib badal dan lain-lain lagi. Berikut akan diterangkan istilah-istilah penting yang terdapat dalam ilmu qiraat.


HAZAF ALIF


  •           Membuang huruf alif pada kalimah.
  •           Cara bacaan : dibaca pendek atau tanpa mad
  •           Contoh pada kalimah :





     
ISBAT ALIF

  •           Mengekalkan huruf alif
  •           Cara bacaan : dibaca panjang dengan kadar 2  harakat
  •           Contoh pada kalimah :



Pada entri yang akan datang, kami akan menerangkan tentang istilah idgham kabirsilah mim jama', dan saktah pula :)


ISTILAH ILMU QIRAAT BAHAGIAN 2


.....ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.....
Pada entri kali ini, insyaAllah kami akan menjelaskan tiga istilah baru, iaitu:


  • Idgham Kabir 
  • Silah Mim Jama'  
  • Saktah  




1. IDGHAM KABIR
  • Penyebutan dua huruf menjadi satu. 
  • Seolah-olah huruf kedua adalah bertasydid. 
  • Contoh:



2. SILAH MIM JAMA'
  • Menukarkan bunyi mim yang berbaris sukun pada kalimah yang asalnya hum ْهُم , antum أَنْتُمْ dan kum كُمْ kepada berbaris dhommah dengan kadar dua harakat. 
  • Contoh:


3. SAKTAH
  • Memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas dengan kadar dua harakat kemudian meneruskan bacaan. 
  • Contoh:



Pada entri akan datang, kami akan menerangkan tentang istilah Qasr, Tawassut dan Isyba' pula.







ISTILAH ILMU QIRAAT BAHAGIAN 3



Assalamualaikum semua, semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.


Pada entri kali ini, kita akan meneruskan lagi pembelajaran kita dengan tiga istilah baru iaitu :

ISTILAH ILMU QIRAAT BAHAGIAN 4








Assalamualaikum w.b.t.Alhamdulillah,pada entri yang lalu,kita telah berpeluang mempelajari tentang istilah qasr, tawassut dan isyba'.


Kali ini, kita akan menyambung pula pembelajaran tentang 3 istilah lagi iaitu :




  • Ha' Kinayah
  • Ra' Tarqiq dan
  • Taslisul Badal





1) HA’ KINAYAH 


  • Iaitu membaca ha’ dhamir (muzakkar) dengan kadar 2 harakat.
  • Ha’ tersebut mestilah didahului dengan huruf berbaris mati(sukun) dan selepasnya huruf berbaris.
  • Contoh bagi ha' kinayah adalah seperti dalam surah al-Lahab ayat 2:




2) RA’ TARQIQ

Ra' Tarqiq bermaksud membaca huruf ra' dengan nipis.Huruf ra' mestilah berbaris hadapan (dhommah) atau berbaris atas(fathah).

Terdapat beberapa keadaan ra' yang perlu dibaca dengan nipis iaitu :


    i- Huruf ra’ :

    • didahului oleh huruf yang berbaris bawah (kasrah).
    • Contoh boleh dilihat pada perkataan "kafirun" surah Al-Kafirun ayat 1 :




    ii- Huruf ra’ :

    • didahului oleh huruf ya’ sakinah 
    • dan sebelum huruf ya’, terdapat huruf berbaris bawah.
    • Contoh dapat dilihat pada perkataan "basira" pada surah al-Insan ayat 2 :



    iii- Huruf ra’ :

    • didahului oleh huruf ya’ sakinah dan 
    • sebelum huruf ya’, terdapat huruf berbaris atas.
    • Contoh dapat dilihat pada perkataan "thoiron" pada surah al fil ayat 3:





    Hukum ra' tarqiq dalam ilmu qiraat ni tidak sama dengan ra’ tarqiq dalam pembelajaran ilmu tajwid.

    Selain itu, ia hanya berlaku dalam qiraat Warsy sahaja.





    3) TASLILUL BADAL



    • Membaca mad badal dengan tiga wajah harakat iaitu 2, 4 dan 6 harakat.
    • Contoh dapat dilihat pada perkataan "waamanahum" pada surah Quraisy ayat 4:



    Semoga penerangan yang diberikan, mampu memudahkan pembaca untuk memahami tentang ha' kinayah, ra' tarqiq dan taslisul badal dengan lebih jelas.

    Pada entri akan datang, kita akan mempelajari tentang istilah lam taghliz dan mad muttasil pula.Sampai bertemu di entri akan datang!



    ISTILAH ILMU QIRAAT (BAHAGIAN 5)


    Bertemu kembali pada entri yang seterusnya. InshaAllah kali ini kami akan meneruskan lagi berkenaan istilah-istilah ilmu qiraat yang selebihnya iaitu :









    Lam Taghliz dan Mat Muttasil beserta kesimpulan terhadap tajuk ini. 




    LAM TAGHLIZ



    •  Membaca Lam yang berbaris diatas dengan tebal.
    •  Lam (ل) tersebut didahului dengan huruf (ص), (ط) atau (ظ).
    •   Contoh :      



                          





    MAT MUTTASIL





    •     Huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam satu kalimah.
          1)   Warsh dan Hamzah membaca dengan kadar 6 harakat
          2)   Qura’ selebihnya membaca dengan kadar 4 harakat.


    •    Contoh :     


    KESIMPULAN



    Sebagaimana sedia maklum, ilmu qiraat adalah suatu ilmu yang mengajar cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain riwayat imam Hafs An Asim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs An Asim semata-mata.


    Seterusnya, dalam ilmu qiraat terdapat perkara ketetapan serta kaedah-kaedah yang berkaitan dengan pembacaan Al-Quran sebagaimana yang terdapat dalam ilmu tajwid. Namun terdapat sedikit sebanyak perbezaan dan perubahan di setiap pembacaan Al-Quran mengikut riwayat-riwayat qiraat seperti beberapa contoh ringkasan dibawah :




    Istilah Ilmu Qiraat

    Contoh Penjelasan

    Hazaf Alif
    Ibnu Kathir membaca kalimah مالك surah Al-Fatihah dengan dihazafkan Alif.
    Isbat Alif
    Hafs (Asim) membaca kalimah مالك surah Al-Fatihah dengan diisbatkan Alif.
    Idgham Kabir
    Abu Amru (Al-Susi) membaca kalimah الرحيم۞مالك surah Al-Fatihah dengan idgham kabir.
    Silah Mim Jamak
    Nafi’(Qalun) membaca عليهم غير المغضوب surah Al-Fatihah dengan silah mim jamak.
    Saktah
    Hamzah(Khalaf) membaca kalimah قل أعوذ surah Al-Ikhlas dengan lafaz saktah.
    Qasar, Tawassut, Ishbaq
    Warsh membaca kalimah الاولى surah Ad-Dhuha dengan tiga wajah sama ada 2, 4 atau 6 harakat.
    Ha’ Kinayah
    Pada kalimah عنه akan ditambah huruf wau dan dibaca dengan kadar 2 harakat.
    Ra’ Tarqiq
    Warsh membaca kalimah الكفرون surah Al-Kafirun dengan keadaan ra’ tarqiq.
    Taslisul Badal
    Pada kalimah وءامنهم surah Al-Quraish akan dibaca hukum mad badal dengan tiga wajah iaitu 2,4 atau 6 harakat.
    Lam Taghliz
    Pada kalimah سيصلى surah Al-Masad dibaca huruf lam dengan tebal.
    Mat Muttasil
    Warsh dan Hamzah membaca kalimah إذاجا︢ء  surah An-Nasr dengan kadar 6 harakat.






    Tuntasnya, ilmu qiraat adalah suatu ilmu yang hanya mampu diperolehi sekiranya dipelajari. Oleh itu, tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ianya mampu menjadi penyuluh dalam meniti arus kehidupan.







    Akhir kalam ; “ Sekiranya engkau tidak menahan lelahnya jalan menuntut ilmu pasti engkau akan lelah menanggung suatu kebodohan ((Imam Al-Ghazali)) “.





    Semoga nukilan kali ini mampu memberi pencerahan yang lebih jelas berkaitan istilah-istilah dalam Ilmu Qiraat. Semoga Al-Quran terus terpelihara dan Islam terus terbela.
    Wallahua'lam