ISTILAH ILMU QIRAAT (BAHAGIAN 5)


Bertemu kembali pada entri yang seterusnya. InshaAllah kali ini kami akan meneruskan lagi berkenaan istilah-istilah ilmu qiraat yang selebihnya iaitu :









Lam Taghliz dan Mat Muttasil beserta kesimpulan terhadap tajuk ini. 




LAM TAGHLIZ



  •  Membaca Lam yang berbaris diatas dengan tebal.
  •  Lam (ل) tersebut didahului dengan huruf (ص), (ط) atau (ظ).
  •   Contoh :      



                      





MAT MUTTASIL





  •     Huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah dalam satu kalimah.
      1)   Warsh dan Hamzah membaca dengan kadar 6 harakat
      2)   Qura’ selebihnya membaca dengan kadar 4 harakat.


  •    Contoh :     


KESIMPULAN



Sebagaimana sedia maklum, ilmu qiraat adalah suatu ilmu yang mengajar cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain riwayat imam Hafs An Asim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs An Asim semata-mata.


Seterusnya, dalam ilmu qiraat terdapat perkara ketetapan serta kaedah-kaedah yang berkaitan dengan pembacaan Al-Quran sebagaimana yang terdapat dalam ilmu tajwid. Namun terdapat sedikit sebanyak perbezaan dan perubahan di setiap pembacaan Al-Quran mengikut riwayat-riwayat qiraat seperti beberapa contoh ringkasan dibawah :




Istilah Ilmu Qiraat

Contoh Penjelasan

Hazaf Alif
Ibnu Kathir membaca kalimah مالك surah Al-Fatihah dengan dihazafkan Alif.
Isbat Alif
Hafs (Asim) membaca kalimah مالك surah Al-Fatihah dengan diisbatkan Alif.
Idgham Kabir
Abu Amru (Al-Susi) membaca kalimah الرحيم۞مالك surah Al-Fatihah dengan idgham kabir.
Silah Mim Jamak
Nafi’(Qalun) membaca عليهم غير المغضوب surah Al-Fatihah dengan silah mim jamak.
Saktah
Hamzah(Khalaf) membaca kalimah قل أعوذ surah Al-Ikhlas dengan lafaz saktah.
Qasar, Tawassut, Ishbaq
Warsh membaca kalimah الاولى surah Ad-Dhuha dengan tiga wajah sama ada 2, 4 atau 6 harakat.
Ha’ Kinayah
Pada kalimah عنه akan ditambah huruf wau dan dibaca dengan kadar 2 harakat.
Ra’ Tarqiq
Warsh membaca kalimah الكفرون surah Al-Kafirun dengan keadaan ra’ tarqiq.
Taslisul Badal
Pada kalimah وءامنهم surah Al-Quraish akan dibaca hukum mad badal dengan tiga wajah iaitu 2,4 atau 6 harakat.
Lam Taghliz
Pada kalimah سيصلى surah Al-Masad dibaca huruf lam dengan tebal.
Mat Muttasil
Warsh dan Hamzah membaca kalimah إذاجا︢ء  surah An-Nasr dengan kadar 6 harakat.






Tuntasnya, ilmu qiraat adalah suatu ilmu yang hanya mampu diperolehi sekiranya dipelajari. Oleh itu, tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ianya mampu menjadi penyuluh dalam meniti arus kehidupan.







Akhir kalam ; “ Sekiranya engkau tidak menahan lelahnya jalan menuntut ilmu pasti engkau akan lelah menanggung suatu kebodohan ((Imam Al-Ghazali)) “.





Semoga nukilan kali ini mampu memberi pencerahan yang lebih jelas berkaitan istilah-istilah dalam Ilmu Qiraat. Semoga Al-Quran terus terpelihara dan Islam terus terbela.
Wallahua'lam











3 comments: