ISTILAH ILMU QIRAAT BAHAGIAN 3



Assalamualaikum semua, semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.


Pada entri kali ini, kita akan meneruskan lagi pembelajaran kita dengan tiga istilah baru iaitu :
  • Qasr
  • Tawassut, dan
  • Isyba’.


1. QASR
  • Dari segi bahasa qasr bermaksud pendek.
  • Dari sudut istilah pula ialah bacaan mad dengan kadar 2 harakat.
  • Contoh bagi qasr terdapat di dalam Surah Ad-Dhuha, Ayat 4, :

*Ketika qasr perkataan 'La' dibaca panjang 2 harakat.


2. TAWASSUT
  • Dari segi bahasa bermaksud  sederhana.
    • Dari sudut istilah pula ialah bacaan mad dengan kadar 4 harakat.
    • Contoh bagi tawassut juga terdapat di dalam Surah Ad-Dhuha, Ayat 4 :

    *Ketika tawassut, perkataan 'La' dibaca panjang 4 harakat.


    3. ISYBA'






  • Dari segi bahasa bermaksud penuh.
  • Dari segi istilah ialah bacaan mad dengan kadar 6 harakat.
  • Contoh bagi tawassut juga terdapat di dalam yang sama seperti qasr dan tawassut :



  • *ketika isyba', perkataan 'La' dibaca panjang 6 harakat.



    Untuk makluman, bagi qiraat surah Dhuha, Warsy membaca perkataan Al-Uulaa dengan menggunakan ketiga-tiga wajah iaitu qasr, tawassut, dan isyba'.


    Baiklah, setakat ini sahaja tajuk kita pada hari ini. InsyaAllah. pada entri akan datang akan diterangkan pula tentang istilah ha' kinayah, ra' tarqiq dan taslisul badal. 




                                    Jumpa lagi dan .....




    1 comment:

    1. How to fix the polished titanium models to the
      This titanium hip tutorial will titanium 170 welder show titanium tube you how to titanium exhaust make a platinum model using the power of a solar farm. The process titanium white will take

      ReplyDelete